Amanz - OpenSignal : Digi Terpantas dan Konsisten Sejak Tahun 2020

29 Oct 2021 - Amanz


Bermula tahun 2020, bekerja dan belajar dari rumah merupakan salah satu norma baharu yang kita semua perlu lalui. Satu laporan telah diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), menyatakan penggunaan internet di negara telah meningkat dengan ketara kepada 91.7% pada tahun 2020 berbanding 90.1% pada tahun 2019. Kenyataan ini juga dikuatkan apabila Digi melaporkan bahawa penggunaan data mudah-alih setiap pengguna mereka telah meningkat daripada 14.5GB untuk suku pertama 2020 kepada 21.4GB untuk suku kedua 2021.

Kita juga dapat melihat persaingan sengit di antara syarikat telekomunikasi tempatan dalam menawarkan pelbagai inisiatif untuk memastikan perkhidmatan telekomunikasi mereka adalah yang terbaik di antara pesaing. Antara syarikat telekomunikasi yang berjaya mendapat banyak pengiktirafan dan konsisten semenjak tahun 2020 adalah Digi.

Kategori Yang Dimenangi Oleh Digi:

Rangkaian Mudah-Alih Terpantas (April 2021) Dari Ookla


 

Tahun 2020 yang lalu, Ookla telah mengeluarkan laporan bagi rangkaian mudah-alih terpantas di Malaysia bagi suku ketiga hingga keempat dan Digi dinobatkan sebagai rangkaian mudah alih yang terpantas untuk suku tahun tersebut dengan markah 29.36. Bagi suku kedua dan ketiga tahun ini pula, Digi masih lagi kekal sebagai yang terpantas dengan markah 30.20 untuk suku kedua dan memintas syarikat telekomunikasi yang lain dengan markah terkumpul 33.19 bagi suku ketiga 2021. Jika diteliti semula, Digi menunjukkan peningkatan markah bagi setiap suku yang dimenanginya. Pencapaian ini membuktikan bahawa Digi sentiasa berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang stabil, berkualiti dan konsisten bagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia.

Pengalaman Panggilan Video Berkumpulan Terbaik (Mei 2021)

Di kehidupan norma baharu sekarang ini juga sedikit sebanyak telah mengubah cara kita semua berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti panggilan video berkumpulan sudah menjadi kebiasaan dan perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketika waktu perayaan semasa PKP dimana kebanyakan di antara kita tidak dapat beraya bersama. Oleh sebab itu, pengalaman panggilan video berkumpulan ini menjadi kepentingan kepada kita semua untuk kekal berhubung dengan orang tersayang.

Satu syarikat penganalisa penggunaan data yang terkemuka menyatakan bahawa sesebuah syarikat telekomunikasi itu layak diberikan anugerah yang terbaik dalam kategori panggilan video berkumpulan terbaik ini apabila pengguna mereka mampu berinteraksi dalam masa nyata antara satu sama lain, tidak mengalami masalah lengah masa, mempunyai kualiti video dan audio yang baik walaupun terdapat ramai pengguna dalam sesuatu panggilan video berkumpulan tersebut. Dan apa yang mengagumkan, Digi memenangi tangga pertama dengan mata terkumpul 62.1% bagi kategori ini. Ternyata, mereka mampu menawarkan kualiti panggilan video berkumpulan yang baik.

Rangkaian Mudah-Alih Yang Paling Konsisten Sepanjang Tahun 2020


 

Ookla juga menganugerahkan Digi sebagai rangkaian mudah-alih yang paling konsisten sepanjang tahun 2020 yang lalu. Digi telah berjaya mencapai markah yang tetinggi pada suku pertama sehingga suku kedua 2020 dengan markah terkumpul 85.9% dengan kelajuan muat turun serendah 5Mbps dan kelajuan muat naik serendah 1Mbps. Pada suku ketiga sehingga suku keempat pula, Digi memperoleh markah 88.6% dengan kelajuan muat turun dan muat naik yang sama.

Setelah pelbagai inisiatif yang dijalankan, ternyata kini Digi berjaya merangkul pelbagai anugerah dan menjadi yang konsisten untuk sepanjang tahun 2020 yang lalu. Walaupun tahun 2021 masih belum tamat, telah banyak anugerah yang telah dimenangi oleh Digi untuk tahun ini. Adakah Digi akan menjadi rangkaian mudah-alih yang paling konsisten sekali lagi untuk tahun ini? Kita nantikan.

Kesimpulan

Pelaksanaan PKP sedikit sebanyak telah mengubah cara penggunaan data kita semua menjadikan permintaan untuk menggunakan data bagi penstriman video dan permua semakin meningkat. Namun, Digi berjaya untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan mereka akan terus mengekalkan momentum untuk menambah baik perkhidmatan mereka. Jadi disini kita boleh simpulkan bahawa Digi adalah salah satu syarikat telekomunikasi yang berjaya menawarkan perkhidmatan yang konsisten.

Jika sekarang, rangkaian 4G LTE dan LTE-A mereka telah merangkumi 92% dan 75%, mungkin kelak Digi akan meluaskan lagi penawaran rangkaian 4G mereka dengan lebih menyeluruh di seluruh Malaysia. Seiring dengan ini, mereka juga ingin memfokuskan kepada Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memastikan para pelanggan Digi untuk rangkaian 3G dapat berpindah ke rangkaian 4G sebelum rangkaian 3G dihentikan sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, mereka ingin memajukan peningkatan liputan rangkaian 4G dan telah berjaya menaik tarafnya sebanyak 62% bagi suku kedua tahun ini. Mereka juga turut menyasarkan untuk kekalkan kedudukan pertama mereka sebagai syarikat telekomunikasi yang terpantas dan konsisten dari segi kelajuan muat turun, pengalaman video, dan panggilan video berkumpulan. Perkara ini sedikit sebanyak dapat meyakinkan lagi kita sebagai pengguna data mudah-alih untuk menggunakan talian Digi.

Jadi, anda tidak lagi perlu risau untuk melanggan mana-mana pas bulanan daripada Digi kerana kita semua sudah maklum bahawa Digi adalah syarikat telekomunikasi yang terpantas dan yang konsisten dalam menambah baik perkhidmatan mereka semenjak tahun 2020 lagi. Malah, jika anda berkeinginan untuk bertukar talian, inilah masa yang terbaik untuk anda bertukar ke Digi.


 

Legal Disclaimer / Privacy Policy / Security Policy
Copyright © 2020 Malaysian Communications and Multimedia Commission. All rights reserved.