Utusan Malaysia - RM700 juta naik taraf telekomunikasi di Kelantan
KOTA BHARU: Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM700 juta untuk membangunkan infrastruktur telekomunikasi di Kelantan termasuk pembinaan lebih banyak menara pencawang bagi menaik taraf perkhidmatan internet di seluruh negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, inisiatif di bawah Program Jalinan Digital Negara (Jendela) itu dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.