Utusan Malaysia - 15 menara komunikasi di Setiu siap beroperasi tahun depan

12 Jul 2021 - Utusan Malaysia


CYBERJAYA: Sebanyak 15 menara komunikasi baharu diluluskan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di bawah Parlimen Setiu, Terengganu dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat bermula suku kedua tahun depan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja naik taraf liputan kepada 4G di 78 menara sedia ada sedang giat dilaksanakan dan siap beroperasi secara berperingkat bermula Ogos ini sehingga Mac tahun depan.

“Penambahbaikan liputan 4G di bawah inisiatif Jendela ini dikawal selia oleh SKMM di dalam kawasan parlimen berkenaan,” katanya hari ini.

Sementara itu, dalam pemkembangan berkaitan, SKMM berkata, penduduk di Kampung Rhu Sepuluh dan Kampung Kuala Kubang, Setiu, Terengganu kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik selepas dua buah menara komunikasi baharu di bawah pelan Jendela siap dibina dan mula beroperasi di kedua-dua kampung tersebut sejak bulan lalu.

“Pembinaan menara-menara baharu dengan liputan 4G ini akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk kampung berkenaan. 

“Selain itu, ia juga memberi manfaat dan impak positif kepada Pantai Penarik yang merupakan antara lokasi pelancongan utama di Setiu,” katanya. 


 

Legal Disclaimer / Privacy Policy / Security Policy
Copyright © 2020 Malaysian Communications and Multimedia Commission. All rights reserved.