Bernama - Menara telekomunikasi tumbang dipercayai akibat hujan lebat dan angin kencang - MCMC
IPOH: Sebuah menara telekomunikasi milik Telekom Malaysia Bhd (TM) yang dikongsi bersama Celcom di Seberang Perak, Perak Tengah, tumbang dipercayai akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang pada petang Ahad.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan, ekoran kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi pelanggan TM Unifi Mobile dan Celcom.
"Lantaran itu, pihak MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan yang berada di menara tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan segera.
"Sebagai langkah awal, 'Mobile Base Transceiver Station' (MBTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan dan memulihkan liputan selewat-lewatnya Jumaat ini," menurut kenyataan itu.