Jaringan internet fiber optik di Sarawak lengkap sepenuhnya
SARAWAK, 19 Mac- Fasa pertama bagi jaringan internet fiber optik di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sarawak sudah lengkap sepenuhnya.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata ini membabitkan 115,000 bangunan komersial serta perumahan sudah mempunyai jaringan internet fiber optik.
"Selain itu di bawah menara jendela 1,842 juga telah dibina untuk tujuan 4G," katanya di sini.
Teo memaklumkan, pada tahun ini Kementerian Komunikasi dan Digital juga meletakkan sasaran untuk pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara mencapai 80 peratus menjelang penghujung tahun ini bagi liputan kawasan berpenduduk
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Penyiaran Negeri Sarawak di Kuching.
Inisiatif JENDELA yang merangkumi dua fasa iaitu Fasa 1 bermula 2020 hingga tahun 2022 dan Fasa 2 bermula tahun ini hingga 2025 menyasarkan supaya ketersediaan sambungan gentian optik kepada sembilan juta premis dan liputan 4G akan diperluas 100 peratus kawasan berpenduduk dan di seluruh negara dapat dicapai pada penghujung tahun 2025.
Terdahulu, Teo Nie Chieng meluangkan masa hampir sejam menjadi tetamu di konti SARAWAKfm.
Dalam temubual itu, beliau yang pertama kali mengadakan lawatan kerja ke Sarawak berharap keharmonian dan perpaduan yang dimiliki oleh masyarakat yang unik dengan berbilang kaum dan agama di negeri ini perlu dikekalkan agar menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.