Liputan 4G di Sabah meningkat

07 Okt 2021 - Berita RTM


PARLIMEN, 7 Oktober - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan Peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sabah, meningkat kepada 83.13 peratus pada suku kedua tahun ini, berbanding 73.41 peratus sebelum pelaksanaan pelan JENDELA pada suku kedua 2020.

Setakat ogos lalu, Sebanyak 51 menara baharu dengan teknologi 4G telah siap dilaksanakan di negeri Sabah.

Daripada 3,500 stesen pemancar sedia ada, 2,041 stesen pemancar telah siap dinaik taraf dan 81,268 premis telah siap dengan sambungan gentian optik, dalam usaha menyediakan capaian jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi.


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.