Melaka nikmati capaian 5G pertengahan 2024

06 Jun 2023 - Berita RTM


SEMABOK, 6 Jun- Penduduk Melaka bakal menikmati capaian 5G menjelang pertengahan tahun 2024.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Fairul Nizam Rosli berkata, 80% persiapan 5G di negeri Melaka bakal siap hujung tahun ini dan baki 20% pada awal tahun 2024.

Katanya, kerajaan negeri menyasarkan 224 pencawang 5G siap dipasang di seluruh negeri itu selewat-lewatnya Oktober nanti.

Setakat ini sebanyak 114 tapak pencawang telah siap dibina dengan pecahan, 91 di Melaka Tengah, 6 di Alor Gajah dan 3 di Jasin.

"DNB menyasarkan Oktober insya-Allah boleh siap dan sekiranya siap Oktober kita akan berbincang dengan pihak MCMC DNB untuk kita mendapatkan kuota tambahan untuk negeri Melaka.

"Saya dimaklumkan oleh pihak DNB Melaka adalah antara lima negeri peneraju yang terawal mendapat liputan 5G. Sekarang ni sebanyak 55.1% kita mengikuti rapat Johor, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan untuk bersama-bersama mereka," kata Fairul selepas merasmikan program tinjauan 5G di Duyong di sini.

Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital, Mohd Noor Helmy Abdul Halem.


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.