Menara Pemancar Telekomunikasi 4G
29 Mei 2022 - Sinar Harian
Dua pekerja kontraktor sedang memasang antena 4G pada struktur mudah alih pemancar telekomunikasi RAMO bagi menambah baik capaian jalur lebar di sekitar kawasan Padang Kala ketika tinjauan Bernama di sini.
Selain struktur mudah alih, pembinaan 91 menara pemancar telekomunikasi baharu di Kelantan yang dilaksanakan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sejak tahun 2020 bakal memberi manfaat kepada 1.8 juta penduduk di negeri tersebut untuk menikmati liputan jaringan telekomunikasi 4G.
Sebanyak 43 daripada 91 menara baharu tersebut telah siap dibina manakala bakinya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.