Naik taraf rangkaian internet 5G beri manfaat kepada rakyat

03 Mei 2023 - RTM


PETALING JAYA, 3 Mei- Inisiaitif kerajaan menaik taraf rangkaian internet 5G dilihat tepat pada masanya kerana ia memberi manfaat kepada rakyat.

Itu antara pandangan orang ramai mengenai pelaksanaan rangkaian 5G menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) untuk mencapai 80 peratus liputan hujung tahun ini.

"Saya rasa 5G itu penting untuk semua sebab sekarang semua urusan perlukan internet. Jadi kalau liputan 5G itu 80 peratus, semua dapat, lebih senang untuk pelajar terutamanya ataupun individu yang bekerja dari rumah boleh melakukan kerja. Sebab itu ia sangat penting", kata Azwin Azman.

"Baguslah untuk setiap orang terutamanya di kawasan pendalaman. Kawasan tersebut memerlukan kemudahan itu untuk pelajaran dan segalanya lebih baik untuk mereka, untuk lebih maju kehadapan untuk kehidupan kita terutamanya pada zaman sekarang, semua orang hendak internet bagi mendapatkan maklumat. Saya rasa adalah sangat bagus, kerajaan luaskan liputan shingga 80 peratus", kata Ayra Aminuddin.

"Bagus, saya menunggu liputan itu, penambahbaikan itu, saya mahu lihat kelajuan internet", kata Raj Maniam.

Terdahulu, kerajaan bersetuju supaya pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia diteruskan melalui Digital Nasional Berhad (DNB) sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.