[PARLIMEN]: Perbelanjaan besar DNB jadi tanda tanya

03 Mac 2022 - Utusan


KUALA LUMPUR: Perbelanjaan besar syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) menimbulkan tanda tanya kerana syarikat tersebut belum mendapat sebarang keuntungan memandangkan ia baru sahaja dilancarkan bagi membangunkan teknologi komunikasi 5G.

Dalam sidang Dewan Rakyat, Fahmi Fadzil (Lembah Pantai-PH) menuntut penjelasan daripada kementerian kewangan berkaitan isu itu selepas mendapati syarikat yang bekerjasama iaitu Ericson terlibat dengan beberapa salah laku yang melibatkan aktiviti rasuah.

“Saya inginkan penjelasan dari Kementerian Kewangan tentang berapa jumlah wang rakyat yang telah disuntik oleh DNB serta berapakah yang telah dibelanjakan oleh DNB yang disuntik Kementerian Kewangan sehingga hari ini dan juga berapakah yang telah diguna oleh DNB untuk menyewa pejabat yang besar iaitu di Menara Tun Razak Exchange (TRX).

“Saya juga difahamkan 17 orang telah dihantar ke Mobile World Conference di Barcelona yang bermula pada 28 feb hingga hari ini. Ini jumlah yang besar kerana pada ketika DNB belum memungut apa2 hasil tapi perbelanjaannya bukan main besar.

“Semalam, timbul satu berita yang merisaukan yang melibatkan entiti yang terkait dengan DNB iaitu Ericson, kita tahu mereka telah menandatangani satu perjanjian utnuk membeli kelemkapan 5G dari Ericson, tetapi Reuters melaporkan mengenai kemungkinan berlaku perbuatan rasuah walaupun bukan di Malaysia tetapi di banyak operasi yang lain,” kata Fahmi.

Oleh itu, beliau gesa kontrak dengan Ericson disiasat serta diteliti semula. Pihak SPRM juga perlu melakukan siasatan penuh untuk mengenal pasti jika ada elemen rasuah dalam pemberian kontrak tersebut.

“Bagaimanapun,  sebelum ini, dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kita ada Goldman Sachs dan hari ini, kita tengok apa yang berlaku.

“Jadi, saya pohon kerajaan meneliti semula kontrak tersebut, dan saya gesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) untuk buat audit penuh terhadap DNB dan meneliti kontrak dengan Ericson,” katanya.


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.