Sembilan menara telekomunikasi di Sebuyau siap suku keempat 2023

16 Apr 2023 - Dayak Daily


KUCHING, 16 April: Sembilan menara 4G baharu yang dirancang di kawasan Sebuyau dijadualkan siap beroperasi secara berperingkat sehingga suku keempat tahun 2023.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, menara tersebut kini giat dilaksanakan.

"Daripada sembilan menara tersebut, sebanyak tiga menara 4G baharu terletak di kampung Tambai, Kampung Stika dan Kampung Pantu Plaei kini sedang beroperasi.

"Manakala enam menara baharu di Kampung Kakus, Kampung Tungkah Melayu, Kampung Kelait, Kampung Bajong, Kampung Lunying dan Kampung Entangor masih dalam peringkat pelaksanaan,"katanya. 

Pada semalam, Julaihi telah mengadakan lawatan kerja meninjau tapak projek menara telekomunikasi di Kampung Klait Sebuyau.

Pelaksanaan menara ini adalah melalui inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Untuk rekod, sebanyak 824 menara 4G baharu di bawah program JENDELA sedang dibina di seluruh Sarawak -DayakDaily


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.