Allo syarikat telekomunikasi jalur lebar terbaik

17 Apr 2022 - Malaysia Gazette


KUALA LUMPUR –  (Allo), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar bagi menyokong Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) diberi pengiktirafan sebagai Syarikat Telekomunikasi Jalur Lebar Terbaik bagi tahun 2022.

Anugerah itu diumumkan pada majlis Asian Telecom Awards 2022 yang diadakan secara maya pada bulan Mac, sebagai mengiktiraf usaha resposif Allo bagi merapatkan jurang digital di Malaysia.

Allo menyediakan perkhidmatan jalur lebar gentian optik berkualiti pada kadar yang berpatutan, seterusnya membuka peluang bagi mereka yang sebelum ini berada di luar capaian terutamanya di pinggir dan luar bandar.

Asian Telecom Awards dianjurkan oleh Asian Business Review bagi menghargai syarikat telekomunikasi terbaik yang mempelopori produk dan penyelesaian inovatif yang cemerlang serta kekal kukuh dalam pasaran yang mencabar tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Ir. Mohamed Ghous Ahmad berkata, Allo menyokong usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital menerusi inisatif Jendela yang telah menetapkan sasaran untuk menghubungkan 7.5 juta premis menjelang akhir tahun ini.


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.