CGS-CIMB Research jangka Maxis kendali rangkaian 5G kedua negara

08 Nov 2023 - Dagang News


KUALA LUMPUR, 8 Nov - CGS-CIMB Research mengekalkan pandanghan bahawa Maxis Berhad dijangka mengendalikan rangkaian 5G kedua negara.

Katanya,seperti difahamkan, pengendali masih menilai semua pilihan dan masih belum ada sebarang kesimpulan dibuat mengenai struktur pemilikan.

Maxis sebelum ini sudah mengumumkan harga jalur lebar gentian pada 27 Oktober dan ia memberi gambaran jelas mengenai harga pasaran jalur lebar gentian.

Firma penyelidikan itu berkata, dengan harga yang hampir sama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM), mereka percaya bahawa kebimbangan mengenai peningkatan dalam saingan jalur lebar telah menurun.

"Dalam kes Maxis, mereka telah mengenakan yuran sendiri sebanyak RM11/bulan, walaupun rebat disediakan.

"Difahamkan bahawa pengendali mengenakan bayaran untuk akses rangkaian 5G kerana mereka perlu membayar Digital Nasional Berhad (DNB) untuk akses tersebut,"katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.