DNB akan jadi entiti swasta sepenuhnya selepas cakupan 80% dicapai

09 Mei 2023 - Soya Cincau


Dalam satu sesi wawancara yang disiarkan di Bernama TV, Ketua Pegawai Operasi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata bahawa satu entiti baharu akan mengambil alih Digital Nasional Berhad (DNB) sejurus objektif liputan 80% yang ditetapkan kerajaan ke atas DNB berjaya dicapai dan lebih menarik, kerajaan akan melepaskan semua pegangan dalam DNB. Hal ini bakal menjadikan DNB sebuah syarikat swasta sepenuhnya.

Ia selepas moderator bertanyakan tentang apakah status DNB selepas objektifnya tercapai, adakah ia akan kekal beroperasi ataupun dinyahaktifkan. Maklumat tentang pengambil alihan DNB ini adalah sesuatu yang baharu dan tidak pernah dikongsikan oleh pihak kerajaan sendiri khususnya Menteri Komunikasi & Digital (KKD).

Buat masa ini, DNB adalah entiti milik kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia (KKM). Ia ditubuhkan sebagai syarikat bertujuan khas sewaktu pentadbiran PM Muhyiddin Yassin. Dalam bulan Oktober 2022, 4 telco iaitu elcom, Digi, Telekom Malaysia, dan YTL Communications telah menandatangani perjanjian akses langganan (SSA) supaya dalam mengambil sejumlah 65% ekuiti dalam DNB sementara baki 35% dipegang oleh Kementerian Kewangan.

Pada awal Mei 2023 lalu, Menteri KKD, YB Fahmi Fadzil telah mengumukman hasrat kerajaan untuk berpindah daripada struktur penyedia rangkaian tunggal kepada penyedia dwirangkaian bagi membolehkan rangakaian 5G kedua diwujudkan untuk membasmi masalah potensi kegagalan titik tunggal dan mewujudkan juga sistem sandaran kepada rangakain 5G malaysia.

Sejurus pengumuman itu dibuat, CelcomDigi pula mengumumkan melepaskan pegangan ekuiti di dalam DNB disebabkan kontrak SSA telah terbatal akibat perubahan polisi oleh kerajaan. Sungguhpun begitu, menurut CelcomDigi, pengguna mereka masih boleh menikmat 5G seperti biasa kerana perjanjian itu tidak melibatkan akses 5G sebaliknya hanya pegangan ekuiti dalam DNB.


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.