TM fokus sokong usaha kerajaan untuk rebut peluang dalam IR 4.0

25 Apr 2022 - Dagang News


KUALA LUMPUR - Fokus utama Telekom Malaysia Berhad (TNB) untuk 2022 adalah untuk menyokong usaha kerajaan dalam membina negara pasca Covid-19 dengan menyiapkan diri bagi merebut peluang dalam Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, En. Imri Mokhtar berkata, TM sudah memasuki tahun kedua transformasi dan syarikat itu sudah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang cabaran pada tahun ini. 

"Dengan pemansuhan sekatan kawalan pergerakan di Malaysia dan ekonomi yang semakin pesat, kami terus komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara."

"Kami memberi fokus kepada agenda nasional melalui sokongan berterusan bagi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan rancangan MyDigital, menbolehkan infrastruktur gentian 4G dan 5G di seluruh negara serta mengembangkan liputan jalur lebar gentian kami", katanya dalam Laporan Tahunan 2021 lepada Bursa Malaysia, hari ini. 

Imri berkata, pihaknya juga memberi komitmen kepada amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan secara progresif akan mengurangkan kadar pelepasan karbvon sebanyak 30% menjelang 2024, 45% menjelang 2030 dan pelepasan sifar pada 2050. 

"Dari segi sosial, TM akan menyediakan Internet berkelajuan tinggi di sekurang-kurangnya 70% premis di seluruh negara. 

"Kami juga akan memiliki sekurang-kurangnya 30% wanita dalam lembaga pengarah dan pengurusan bagi memainkan peranan dalam membuat keputusan," katanya, lapor Bernama. 

Dalam pada itu, Imri berkata, peluang baharu akan terus berkembang dalam dunia mudah alih, perusahaan dan sektor awam, terutamanya dalam sambungan 5G, perkhidmatan digital dan internet kebendaan (IoT), pusat data dan penyelesaiaan awan. 

"Dalam usaha memenuhi permintaan dan cabaran ini, kami mewujudkan lebih bnyak program untuk kekal selari dengan trajektori perkembangan syarikat dan terus maju untuk menjayakan Digital Malaysia,"katanya. 

Beliau juga berkata, pihaknya juga mewujudkan penyelesaian inovasi dan memacu penggunaan digital merentasi pangkalan pelanggan yang luas bagi pelanggan rumah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pelanggan korporat serta kerajaan. - DagangNews


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.