KESALINGHUBUNGAN UNTUK SEMUA

 

Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dirangka untuk memberi liputan yang lebih meluas dan pengalaman kualiti jalur lebar yang lebih baik untuk rakyat, sebagai langkah siap siaga negara untuk beralih kepada teknologi 5G. Pelbagai inisiatif diwujudkan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan komunikasi yang mampan.

SITUASI SEMASA COVID-19

Pandemik  ini telah membuka beberapa ruang peningkatan infrastruktur digital negara.

Peningkatan trafik Internet sebanyak 30% hingga 70%

Penggunaan Internet beralih ke kawasan perumahan sebanyak 50% hingga 70%

Aduan tentang kelajuan Internet meningkat dari 40% kepada 70%

Kelajuan Internet berkurangan sebanyak 30% hingga 40%

MAJU KE HADAPAN

Bagaimana segmen penduduk yang berbeza dapat memanfaatkan kesalinghubungan yang lebih baik.


PENDIDIKAN & PRODUKTIVITI

Untuk pembelajaran di rumah


INDUSTRI BERASASKAN PERNIAGAAN, KERAJAAN & PERKHIDMATAN

Membantu dalam pemulihan PKS dan B2B


KOMUNITI & MASYARAKAT

Memastikan kesalinghubungan rakyat dengan keluarga dan rakan-rakan

MATLAMAT

OBJEKTIF YANG PERLU DICAPAI

Mengoptimumkan sumber untuk mencapai aspirasi nasional

Pelan penambahbaikan untuk liputan dan kualiti

Peta infrastruktur dan liputan digital

ASPIRASI NASIONAL

Akses gigabit untuk jalur lebar tetap

Jalur lebar mudah alih 100 Mbps

100% Liputan 4G

SASARAN

 

JENDELA akan dilaksanakan mengikut tahap dan perincian fasa adalah seperti berikut:

Pencapaian sasaran nasional 96.9% liputan mudah alih, kelajuan 35 Mbps dan lulus sebanyak 7.5 juta premis


2020 - 2022


Meningkatkan liputan 4G dari 91.8% kepada 96.9%

83% premis di seluruh negara akan mendapat akses untuk jalur lebar tetap dengan kapasiti gigabit

Meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih dari 25 Mbps kepada 35 Mbps.

Menamatkan rangkaian 3G dan menaik taraf rangkaian 4G serta gentian optik



Ketika Fasa 2, penggunaan 5G akan bermula selepas platform 4G diperkukuhkan sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), meningkatkan kesalinghubungan digital di seluruh negara


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.