Berita Harian - Stesen pemancar sementara siap dibina

01 Ogo 2021 - Berita Harian


KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pemasangan stesen pemancar sementara di Kampung Gelong Badak, Bachok, Kelantan bertujuan memberi liputan komunikasi kepada penduduk, disiapkan sehari lebih awal semalam.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berkata kini pengguna setempat dapat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan internet seperti sedia kala.

"Menara komunikasi itu tumbang pada petang 22 Julai 2021 lalu akibat cuaca buruk. Ia adalah menara milik pihak Redtone yang dikongsi bersama syarikat penyedia perkhidmatan lain iaitu Celcom, Digi dan Maxis," katanya SKMM dalam kenyataan hari ini.

SKMM juga merakamkan penghargaan kepada Redtone yang bertungkus lumus untuk menyiapkan pembinaan stesen pemancar sementara itu bagi memastikan liputan perkhidmatan mudah alih kepada orang ramai di kampung berkenaan dapat dipulihkan dengan kadar segera.


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.