Bernama - Penduduk dua kampung di Kemaman nikmati liputan 4G

13 Jul 2021 - Bernama


KUALA LUMPUR - Kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Pengkalan Rangoon dan Kampung Pondok Pasir di Kemaman, Terengganu kini menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan pada Selasa berkata, ia berikutan dua menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) mula beroperasi sejak Jun lalu.

SKMM berkata, menerusi usaha itu penduduk di kawasan berkenaan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti seharian untuk tujuan pembelajaran, bekerja dari rumah, perhubungan serta aktiviti ekonomi dalam talian dengan lancar.

"Projek talian tetap gentian optik di kawasan Kemaman juga sedang giat dilaksanakan melibatkan 8,928 premis,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu berkata, sehingga kini sebanyak 6,091 premis baharu telah mendapat jaringan gentian optik berkelajuan tinggi manakala baki 2,837 akan siap menjelang suku keempat tahun 2022.
 


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.