Utusan Borneo - 11 lagi menara telekomunikasi dalam rancangan dibina di Saratok
24 Mac 2021 - Utusan Borneo
KUCHING: Sebanyak 11 pagi menara telekomunikasi dalam rancangan untuk dibina di parlimen Saratok.
Ahli Parlimennya, Datuk Ali Biju berkata dengan rancangan pembinaan berkenaan ia akan memperluaskan liputan dan mengukuhkan kualiti komunikasi penduduk setempat.
“Salah satu daripadanya akan dibina di Kampung Nyabor. Untuk makluman penduduk Kampung Nyabor, pegawai saya telah berhubung dengan wakil daripada SKMM Kuching.
“Sukacitanya dimaklumkan bahawa projek tersebut berada diperingkat penilaian tender oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian berkata selepas proses ini selesai, kontraktor akan dilantik dan diharapkan kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan dalam kadar segera.
Tambah beliau pada masa yang sama juga, sebanyak 20 menara komunikasi akan dibina oleh Kerajaan Negeri.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 31 menara.
“Jika semua projek ini siap kelak, kawasan Parlimen Saratok akan mempunyai keseluruhan 56 menara komunikasi yang mana 25 buah telah siap dibina,” katanya.
Beliau memberitahu pada Oktober tahun lepas, beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Wilayah SKMM di Kuching dan diberikan taklimat ringkas berkenaan dengan Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA).