Kosmo - Masalah pelajar di Penawar dapat perhatian MCMC

26 Jun 2021 - Kosmo


KOTA TINGGI – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan penyelesaian terhadap masalah capaian internet di Kampung Muhibbah, Penawar di sini selepas tular seorang pelajar mengalami masalah tersebut ketika mengikuti kelas dalam talian kelmarin.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata, sehari selepas kisah berkenaan dilaporkan, pihak MCMC Negeri Johor, Pengarah Negeri Johor, Muhammad Azhar Zakaria bersama-sama dengan wakil penyedia perkhidmatan telah turun padang dan melawat lokasi tersebut.

“Hasil ujian liputan yang dijalankan di dalam dan luar rumah pelajar tersebut mendapati, liputan Internet adalah lemah memandangkan rumah yang didiami pelajar berkenaan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit.

“Justeru, MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk mengubah pancaran liputan daripada menara terdekat yang terletak 1.1 kilometer jauhnya ke rumah pengadu dan tindakan tersebut telah pun diambil,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambahnya, hasil tindakan yang diambil itu, capaian Internet di rumah pelajar tersebut berjaya dipulihkan dan kini keluarga berkenaan dapat menerima panggilan telefon serta mendapat liputan 4G melalui komputer ribanya.


 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.