Penamatan Rangkaian 3G

1. Apakah itu penamatan rangkaian 3G?

Penutup rangkaian 3G adalah penghentian secara beransur-ansur semua rangkaian 3G di Malaysia oleh semua syarikat telekomunikasi mudah alih, iaitu Celcom Axiata Berhad ("Celcom"), Digi Telecommunications Sdn Bhd ("Digi"), Maxis Berhad ("Maxis") dan U Mobile Sdn Bhd ("U Mobile") menjelang Disember 2021. Penyelesaian penamatan rangkaian 3G akan membolehkan pengendali rangkaian mudah alih untuk memberikan pengalaman 4G yang lebih pantas dan lebih baik.

2. Apakah faedah penamatan rangkaian 3G untuk orang ramai?

Matlamat utama inisiatif penamatan rangkaian 3G adalah untuk menggunakan semula spektrum untuk 4G bagi tujuan pengukuhan rangkaian 4G bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai dari segi pengalaman yang lebih baik ketika melayari internet, 2 penstriman video dan perkhidmatan dalam talian lain. Oleh itu, kita dapat melihat peningkatan kualiti dari aspek:

● Kelajuan yang lebih tinggi
● Latensi rendah
● Peningkatan kestabilan rangkaian
● Peningkatan kualiti pengalaman

3. Mengapa penutupan rangkaian 3G perlu dilakukan?

Ketika penularan wabak COVID-19, ia telah mendesak kerajaan untuk menangani masalah kesalinghubungan dan juga kualiti rangkaian, secara tidak langsung ia telah mewujudkan permintaan yang tinggi ketika Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Penghentian rangkaian 3G adalah rancangan di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), aspirasi ini diwujudkan bersama pihak pemberi perkhidmatan dan juga MCMC bagi perbaiki dan mempertingkatkan rangkaian infrastruktur digital negara dengan memberikan liputan yang lebih lancar dan kualiti pengalaman yang konsisten untuk semua. Dengan menamatkan rangkaian 3G, spectrum 3G akan diguna pakai semula bagi tujuan pengukuhan rangkaian 4G untuk memberi pengalaman mudah alih yang lebih baik. Rasionalisasi rangkaian akan menguntungkan semua pihak dengan peningkatan kapasiti, kelajuan dan liputan jalur lebar. Ini secara tidak langsung akan membuka jalan bagi syarikat telekomunikasi mudah alih untuk mengembangkan perkhidmatan yang lebih inovatif bagi platform 4G LTE.

4. Bagaimanakah penghentian rangkaian 3G akan dilaksanakan?

Penghentian rangkaian 3G akan dilaksanakan dalam tiga (3) fasa. Fasa pertama melibatkan peringkat perancangan, yang telah selesai pada sukuan ketiga dan keempat 2020. Manakala, fasa kedua adalah fasa pelaksanaan, di mana rangkaian 3G akan ditutup secara beransur-ansur dan akhirnya tamat pada akhir tahun 2021. Pada masa sama, syarikat telekomunikasi mudah alih juga akan pertingkatkan liputan rangkaian 4G dan juga memberi kelajuan yang lebih tinggi. Fasa ketiga (sukuan pertama dan kedua 2022) dimana setelah semua rangkaian 3G telah ditamatkan, industri dan juga MCMC akan memantau dan memastikan rangkaian beroperasi secara optimum.

5. Adakah saya akan dinaik taraf secara automatik ke rangkaian 4G atau adakah saya perlu menaik taraf secara sendiri apabila rangkaian 3G ditamatkan berlaku?

Pengguna yang masih menggunakan peranti berkebolehan 3G (iaitu bukan 4G) sahaja akan terjejas ketika penamatan rangkaian 3G dan pihak syarikat telekomunikasi mudah alih akan memberi peringatan terlebih dahulu sebelum 31 Disember 2021 melalui SMS, e-mel dan platform lain (laman web dan media sosial). Sekira pengguna sudah menggunakan peranti 4G, pengguna akan disambungkan secara automatik ke rangkaian 4G. Walau bagaimanapun, jika pengguna mematikan pilihan 4G secara manual dalam tetapan peranti mereka, sambungan ke rangkaian 4G tidak akan berlaku. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mengatasi masalah capaian ini.

6. Siapakah yang akan terkesan dengan penamatan rangkaian 3G?

Pelanggan yang menggunakan telefon bimbit atau peranti yang cuma meggunakan rangkaian 3G sahaja akan terkesan oleh penamatan rangkaian 3G ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing.

U Mobile: https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/1794/6499 

Maxis: https://www.maxis.com.my/en/support/network/mobile/3g-network-retirement/mobile-phone-users/ 

Celcom: https://www.celcom.com.my/support/faq/general#general-services-pemberhentian-rangkaian-perkhidmatan-3g

Digi: Pengguna rangkaian mudah alih - https://www.digi.com.my/support/help-center/network/3g-sunset/pengguna-rangkaian-mudah-alih

      : Peranti IoT/M2M - https://www.digi.com.my/support/help-center/network/3g-sunset/peranti-iot-atau-m2m

 

7. Bagaimana saya tahu sekiranya saya menggunakan rangkaian 3G?

Anda boleh memeriksa sama ada anda berada di rangkaian 3G dengan memeriksa penunjuk rangkaian pada peranti anda. Penunjuk biasanya berada di sebelah bar isyarat peranti anda. Sekiranya peranti memaparkan perkataan "3G", itu bermaksud anda tersambung ke rangkaian 3G. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing atau mencari spesifikasi peranti dalam tetapan peranti anda.

8. Adakah saya perlu menukar telefon bimbit jika saya menggunakan peranti berkebolehan 3G sahaja?

Ya, pelanggan dinasihatkan untuk beralih ke peranti yang menyokong fungsi 4G VoLTE yang dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan pantas setelah pelaksanaan penutupan rangkaian 3G. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.

9. Bolehkah saya terus menggunakan perkhidmatan 3G sekiranya saya tidak mahu berpindah menggunakan rangkaian 4G?

Penamatan rangkaian 3G adalah sebuah inisiatif bersama oleh semua syarikat telekomunikasi mudah alih dan MCMC, bagi memastikan liputan 4G yang lebih meluas dan kualiti pengalaman yang lebih baik untuk semua. Oleh itu, anda tidak akan mendapat sebarang hubungan setelah rangkaian 3G ditamatkan pada akhir Disember 2021. Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.

10. Adakah saya perlu mengubah pelan yang sedia ada untuk mengaktifkan 4G?

Sekira peranti yang sedia ada sudah dilengkapi fungsi 4G, anda boleh terus menikmati perkhidmatan tersebut tanpa perlu menukar pelan atau peranti yang sedia ada. Anda boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.

11. Apakah itu VoLTE?

VoLTE bermaksud "Voice over LTE". Teknologi ini membolehkan pelanggan menikmati panggilan berkualiti tinggi di rangkaian 4G. Anda boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan ini.

12. Apakah faedah VoLTE?

Dengan VoLTE, anda akan menikmati panggilan yang lebih baik, kerana ia membolehkan kualiti suara berdefinisi tinggi (HD). Panggilan telefon dapat disambungkan dengan lebih pantas, dan anda boleh bercakap dan melayari internet pada masa yang sama di rangkaian 4G dengan VoLTE.

13. Peranti apakah yang menyokong fungsi VoLTE?

Sebilangan besar peranti terbaharu di pasaran sekarang sudah menyokong fungsi VoLTE dan anda cuma perlu mengaktifkan fungsi VoLTE di peranti anda. Oleh itu, anda tidak perlu menukar peranti anda untuk menggunakan perkhidmatan VoLTE, kecuali peranti yang hanya menyokong fungsi 3G sahaja. Semua model telefon yang kini dijual oleh syarikat telekomunikasi mudah alih menyokong fungsi VoLTE.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila lihat lampiran yang disertakan atau boleh menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing.

U Mobile: https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/1794/6499 

Maxis: https://www.maxis.com.my/en/support/network/mobile/3g-network-retirement/mobile-phone-users/ 

Celcom: https://www.celcom.com.my/support/faq/general#general-services-pemberhentian-rangkaian-perkhidmatan-3g

Digi: Pengguna rangkaian mudah alih - https://www.digi.com.my/support/help-center/network/3g-sunset/pengguna-rangkaian-mudah-alih

      : Peranti IoT/M2M - https://www.digi.com.my/support/help-center/network/3g-sunset/peranti-iot-atau-m2m
 

14. Adakah VoLTE akan menggunakan lebih data?

Tidak, panggilan VoLTE akan dikenakan mengikut caj pelan perkhidmatan mudah alih pelanggan yang sedia ada dan tidak akan menggunakan data yang telah ditetapkan bagi penggunaan untuk melayari internet dan sebagainya.

15. Bagaimana dengan minit panggilan yang sedia ada? Adakah VoLTE menggunakan minit panggilan yang sama?

Panggilan yang dibuat melalui VoLTE akan dikenakan bayaran dengan caj minit panggilan anda yang sedia ada, berdasarkan plan/pakej mudah alih anda. Sekiranya anda membuat panggilan video, atau panggilan suara melalui aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp, purata panggilan satu minit memerlukan lebih kurang 6-8MB. Oleh itu, dinasihati agar lebih berhati-hati ketika membuat panggilan jenis ini (panggilan video). Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masingmasing.

16. Rangkaian manakah yang menawarkan fungsi VoLTE?

Celcom Axiata Berhad (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), Maxis Berhad (“Maxis”), U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”), Telekom Malaysia Berhad (“TM”) dan YTL Corporation (‘YTL”).

 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.