1G


Generasi pertama teknologi rangkaian mudah alih yang dibina untuk menyediakan perkhidmatan panggilan suara asas kepada pelanggan.
 

2G


Generasi kedua teknologi rangkaian mudah alih yang membolehkan panggilan suara dan perkhidmatan mesej teks dengan tahap keselamatan yang tinggi serta perkhidmatan data yang terhad.
 

3G


Generasi ketiga teknologi rangkaian mudah alih yang menjadi asas Internet mudah alih.
 

4G


Generasi keempat teknologi rangkaian mudah alih yang membolehkan penawaran internet mudah alih berkelajuan tinggi dan membuka ruang kepada Suara Melalui Protokol Internet (VoIP ), peranti pintar, Internet pelbagai benda (IoT ) dan banyak lagi.
 

Akses Tanpa Wayar Tetap (FWA)


FWA merujuk kepada kaedah penyediaan akses Internet tanpa wayar ke kediaman atau premis perniagaan tanpa pemasangan gentian dan kabel bagi penyediaan sambungan kepada pengguna akhir.
 

Gigabit sesaat (Gbps)


Gbps adalah merupakan ukuran untuk kadar penghantaran data (kelajuan) bersamaan dengan kira-kira 1 bilion bit sesaat.
 

Hubungan Mesin ke Mesin (M2M)


M2M merupakan komunikasi secara terus antara peranti dengan menggunakan sebarang saluran komunikasi, termasuk berwayar dan tanpa wayar.
 

Internet Pelbagai Benda (IoT)

 

Konsep ini pada dasarnya menghubungkan sebarang peranti dengan suis hidup dan padam melalui Internet (dan / atau antara satu sama lain). Ini merangkumi segalanya daripada telefon pintar, mesin pembancuh kopi, mesin basuh, fon kepala, lampu, peranti yang boleh dipakai, kereta dan hampir kesemua peralatan.
 

Jalur lebar mudah alih


Sambungan Internet yang disediakan melalui rangkaian mudah alih dengan menggunakan peranti seperti ‘dongles’, WiFi mudah alih, dan kad SIM data
 

Jalur lebar Satelit


Akses Internet yang dikuasakan oleh satelit komunikasi.
 

Jalur lebar talian tetap


Sambungan Internet berkelajuan tinggi yang dipancarkan melalui isyarat radio.
 

Kelajuan muat naik


Kelajuan muat naik adalah ukuran kelajuan komputer anda memindahkan atau menghantar maklumat ke Internet.
 

Kelajuan muat turun


Kelajuan muat turun adalah kelajuan informasi di Internet (seperti teks dan grafik) dipindahkan ke peranti anda; iaitu tempoh masa yang diambil untuk peranti anda memaparkan laman sesawang, video, dan muat turun fail untuk dipaparkan ke skrin anda.
 

Kependaman


Kependaman adalah jumlah masa yang diperlukan untuk sebilangan kecil maklumat yang dihantar daripada peranti anda diterima oleh peranti lain di Internet, dan kemudian kembali kepada anda.
 

Kualiti Pengalaman (QoE)


Ukuran bagi menentukan sejauh mana sesuatu rangkaian dapat memenuhi keperluan pelanggan. Berbanding dengan Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang hanya mengukur prestasi rangkaian dan media, tanpa mengambil kira pengalaman pengguna.

Megabit sesaat (Mbps)


Mbps adalah ukuran lebar jalur Internet. Secara ringkas, lebar jalur adalah kadar muat turun sambungan Internet anda.

Penamatan 3G


Apabila penyedia perkhidmatan mudah alih menghentikan infrastruktur selular yang diperlukan untuk mengendalikan peranti komunikasi berasaskan teknologi 3G, iaitu UMTS (Perkhidmatan Telekomunikasi Mudah Alih Universal), EVDO (Evolution-Data Optimised).
 

Penggunaan semula


Menggunakan semula sesuatu frekuensi yang pada mulanya diperuntukkan untuk satu teknologi kepada teknologi yang lain.
 

Penumpuan Mudah Alih-Tetap


Istilah yang digunakan untuk menggambarkan kesepaduan sambungan antara rangkaian telekomunikasi tetap dan tanpa wayar. Penumpuan Mudah Alih-Tetap digunakan oleh penyedia perkhidmatan untuk membolehkan peralihan yang lancar antara rangkaian tanpa wayar dan tetap bagi pengguna mudah alih.
 

Projek Demonstrasi 5G


Projek Demonstrasi 5G bertujuan untuk memudah, membangun dan mempertingkatkan potensi 5G dalam fasa perancangan ini. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang bagaimana teknologi 5G boleh digunakan untuk pelbagai industri sebelum dilancarkan secara komersial.
 

Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0)


Revolusi Perindustrian keempat, yang digambarkan dengan tahap automasi, pendigitalan dan aplikasi kecerdasan buatan yang tinggi di pelbagai industri.
 

Spektrum


Kesemua frekuensi gelombang radio; kesemua komunikasi tanpa wayar bergerak di udara menggunakan frekuensi tertentu, iaitu spektrum.
 

Talian telekomunikasi tetap


Merujuk kepada perkhidmatan suara dan data di kediaman, yang disediakan oleh rangkaian berwayar seperti talian telefon dan jalur lebar tetap.
 

Telekomunikasi mudah alih


Merujuk kepada perkhidmatan suara dan data yang boleh digunakan ketika berada di mana sahaja, yang disediakan melalui rangkaian tanpa wayar.
 

 

Undang-Undang Penafian / Dasar Privasi / Dasar Keselamatan
Hakmilik © 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Semua Hakmilik Terpelihara.